Thursday, March 14, 2013

Trip to Indonesia - Bandung (Last day)

Salam 1 Malaysia.

Episod Indonesia ni dah sampai last episod tapi aqu postpone cerita punya lah lama sampai dah basi sket! sorry kerana sangat busy lately! Untuk baca trip yang sebelum ni, sila lah klik DAY 1,  DAY 2 dan DAY 3 okey!


Tanpa membuang masa, aqu menyambung dan menamatkan cerita ini dengan perjalanan yang masih di Bandung dan hari terakhir di sini.. Nak di jadikan ceritera nya, ekceli kami punya penerbangan jam 1:00 tengahari (jam Indonesia), akan tetapi biasalah Air Asia suka sangat delay2, dan flight kami delay dari jam 4:30 petang, kemudian 7:30 petang, seterusnya 9:00 malam, seterusnya lagi jam 11:30 malam dan akhirnya jam 1:00 pagi hari yang berikutnya.  (2:00 pagi jam Malaysia)  CAN U IMAGINE??  12 jam delay kot!  ini sangat melampau.. tapi sabar jelah nok...nasib baik la tak ada plan pape, cuma sangat penat!!




Hari yang terakhir ini, kami tinggal berempat sahaja iaitu Ana, Eika, Fendi dan aqu.. Kak Wati dan Abg Syed sudah pon berangkat pulang 8:00 pagi, (sebab tak sempat nak booking tiket time promotion,huhu). So, breakfast pagi tu tak lah rushing mana, santai-santai, lepak-lepak... Dalam jam 10:00 pagi kami sambung shopping ke Pasar Baru memandangkan hari yang ketiga agak tergesa-gesa..Menghabiskan duit yang tinggal berapa ribu rupiah sahaja.. 


So seterusnya, kami ke Trans Studio Mall, kat sini macam ala-ala Times Square atau Genting Highland punye indoor game la.. Tapi, masa sampai sini serius memang duit dah agak kering dan terasa sangat kesian pada diri sendiri bila berjalan-jalan tanpa arah tujuan kerana tak cukup duit.. nak makan pon cek harga dulu, haha. (Baru aqu paham keadaan pendatang asing yang tak cukup duit di Malaysia). Kami hanya snap picture kat luar kawasan, jalan-jalan dan makan tengahari di Kafe Betawi dalam mall.







































Oleh kerana bengang sebab dapat mesej flight delay dan delay dan delay, maka kami sambunglah jalan dan jalan dan jalan. Menghabiskan sisa-sisa tenaga dan duit beserta semangat yang tinggi, kami berempat ni menjelajah semua factory outlet kat semua jalan selagi ada.. Pak Anong pon sedia melayan kami kesana dan kesitu.. (adeh! nak tercabut kaki dah rasanya)



Sampai lah malam jam 10:00 malam macam tu, dah tak tahu nak kemana..dan kuasa tenaga pon dah semakin berkurang, maka kami terus ke Husein Sastranegara Bandung Airport untuk check in dan pulang ke Malaysia oh Tanah Airku...sampai di Malaysia lebih kurang jam 4:00 pagi dengan kepenatan yang maximum!


Tapi so far trip to Jakarta-Bandung ini adalah satu pengalaman yang best giler pada aqu sebagai pelancong luar. Melawat ke negara orang ni selain dapat berjalan-jalan kita juga dapat mengenali budaya masyarakat, bahasa ibunda serta character penduduk di sana. Insyaallah lepas ni, pergi lagi. Ape-apepon, Malaysia pon banyak tempat percutian menarik juga.. Cuti-cuti Malaysia. :) 

**gambar hiasan ( lapar dalam kapal)

By the way, sesiapa yang ke Bandung atau Jakarta yang mahu menggunakan khidmat kereta yang di sewa sekali dengan tourist guard ataupon lebih senang di gelar supir, aqu sangat meng-rekemenkan supir Pak Anong kerana beliau sangat baik dan best. Bisa berbicara bahasa Malaysia. Usah khuatir. haha.

Ini nombor supir Pak Anong : 
1)    +62 81318140221
2)    +62 87883415060

Itu sahaja, sekian. :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete