My FLOWERS! :p

Thursday, March 14, 2013

Trip to Indonesia - Bandung (Last day)

Salam 1 Malaysia.

Episod Indonesia ni dah sampai last episod tapi aqu postpone cerita punya lah lama sampai dah basi sket! sorry kerana sangat busy lately! Untuk baca trip yang sebelum ni, sila lah klik DAY 1,  DAY 2 dan DAY 3 okey!


Tanpa membuang masa, aqu menyambung dan menamatkan cerita ini dengan perjalanan yang masih di Bandung dan hari terakhir di sini.. Nak di jadikan ceritera nya, ekceli kami punya penerbangan jam 1:00 tengahari (jam Indonesia), akan tetapi biasalah Air Asia suka sangat delay2, dan flight kami delay dari jam 4:30 petang, kemudian 7:30 petang, seterusnya 9:00 malam, seterusnya lagi jam 11:30 malam dan akhirnya jam 1:00 pagi hari yang berikutnya.  (2:00 pagi jam Malaysia)  CAN U IMAGINE??  12 jam delay kot!  ini sangat melampau.. tapi sabar jelah nok...nasib baik la tak ada plan pape, cuma sangat penat!!




Hari yang terakhir ini, kami tinggal berempat sahaja iaitu Ana, Eika, Fendi dan aqu.. Kak Wati dan Abg Syed sudah pon berangkat pulang 8:00 pagi, (sebab tak sempat nak booking tiket time promotion,huhu). So, breakfast pagi tu tak lah rushing mana, santai-santai, lepak-lepak... Dalam jam 10:00 pagi kami sambung shopping ke Pasar Baru memandangkan hari yang ketiga agak tergesa-gesa..Menghabiskan duit yang tinggal berapa ribu rupiah sahaja.. 


So seterusnya, kami ke Trans Studio Mall, kat sini macam ala-ala Times Square atau Genting Highland punye indoor game la.. Tapi, masa sampai sini serius memang duit dah agak kering dan terasa sangat kesian pada diri sendiri bila berjalan-jalan tanpa arah tujuan kerana tak cukup duit.. nak makan pon cek harga dulu, haha. (Baru aqu paham keadaan pendatang asing yang tak cukup duit di Malaysia). Kami hanya snap picture kat luar kawasan, jalan-jalan dan makan tengahari di Kafe Betawi dalam mall.







































Oleh kerana bengang sebab dapat mesej flight delay dan delay dan delay, maka kami sambunglah jalan dan jalan dan jalan. Menghabiskan sisa-sisa tenaga dan duit beserta semangat yang tinggi, kami berempat ni menjelajah semua factory outlet kat semua jalan selagi ada.. Pak Anong pon sedia melayan kami kesana dan kesitu.. (adeh! nak tercabut kaki dah rasanya)



Sampai lah malam jam 10:00 malam macam tu, dah tak tahu nak kemana..dan kuasa tenaga pon dah semakin berkurang, maka kami terus ke Husein Sastranegara Bandung Airport untuk check in dan pulang ke Malaysia oh Tanah Airku...sampai di Malaysia lebih kurang jam 4:00 pagi dengan kepenatan yang maximum!


Tapi so far trip to Jakarta-Bandung ini adalah satu pengalaman yang best giler pada aqu sebagai pelancong luar. Melawat ke negara orang ni selain dapat berjalan-jalan kita juga dapat mengenali budaya masyarakat, bahasa ibunda serta character penduduk di sana. Insyaallah lepas ni, pergi lagi. Ape-apepon, Malaysia pon banyak tempat percutian menarik juga.. Cuti-cuti Malaysia. :) 

**gambar hiasan ( lapar dalam kapal)

By the way, sesiapa yang ke Bandung atau Jakarta yang mahu menggunakan khidmat kereta yang di sewa sekali dengan tourist guard ataupon lebih senang di gelar supir, aqu sangat meng-rekemenkan supir Pak Anong kerana beliau sangat baik dan best. Bisa berbicara bahasa Malaysia. Usah khuatir. haha.

Ini nombor supir Pak Anong : 
1)    +62 81318140221
2)    +62 87883415060

Itu sahaja, sekian. :)

Saturday, March 9, 2013

Trip to Indonesia - Bandung (Day 3)

Salam selasih!

Ape kabar semuanya? fuh...entry kali ni masih di dalam topik yang sama untuk aqu story kan pade korang semua iaitu perjalanan ke Indonesia hari yang ketiga, nak tengok dan baca balik trip yang lepas sila klik DAY 1 dan DAY 2 ok! 


Ok fine tanpa berlengah lagi aqu memulakan story perjalanan kami yang masih di Bandung dan hari yang ketiga destinasinya pula yang paling aqu tak sabar sekali iaitu Kawah Putih. Walawehhh!! super chantek tempatnye! Perjalanan pergi dari hotel ke kawah putih ni amik masa dalam 2 jam lebih jugak kot.. Bau belerang nya sangatlah kuat, sesiapa yang ade asthma ke silah pakai mask ok! Sama dengan Tangkuban Parahu, kawasannya sangatlah sejuk walaupon air nya panas..







Ok seterusnya, kami ke Danau Situ Patenggang..sebuah tempat yang menarik untuk di kunjungi dan permandangan yang sangatlah tenang, di kiri dan kanan lereng2 bukitnya ala-ala Cameron Highland penuh dengan ladang teh2 yang sangatlah chantek. Tapi kat sini tak sempat nak lama2 dan snap picture banyak sangat sebab kami agak rushing ke Pasar Baru yang tutupnya jam 5 petang.



Dan bila ke Bandung wajiblah pergi ke kedai yang jual brownies yang sedap lagi femessss tu, Kartika Sari. :) Rambang mata jugak pergi sini banyak sangat pilihan brownies, coklat, kek, kerepek, kuih dan so on yang semuanya home made by Kartika Sari dan hanya di Bandung. Sedap sangat brownies nya dan yang paling aqu feberet adalah brownies choco chip dan almond. 




Kami menghabiskan petang dengan shopping di Pasar Baru. Kat sini macam ala-ala Tanah Abang kat Jakarta, dan pilihannnya pon memang agak rambang mata...cuma peniaga kat sini dah pandai demand2 harga..kene pandai tawar menawar ok! Rugilah kalau pergi Bandung tak shopping kan, so sampai malam la kami sambung balik pergi factory-factory outlet yang tutupnya jam 10 malam. 


Fuh! sangat penat..tapi sangat seronok! pengalaman yang baru la pergi ke negara orang ni kan. Takpe ade satu episod lagi yakni episod last...memang amik masa betol nak continue story tapi ku gagahkan jua... Tunggu yer! 

**mood menulis untuk entry kali ni tak begitu bagus, maaf penulisan tak begitu menarik.

Thursday, March 7, 2013

Trip to Indonesia - Bandung (Day 2)

Salam satu Malaysia..

Ok entry kali ni aqu cume nak menyambung story dari entry yang lepas, iaitu perjalanan aqu ke Indonesia..kalau nak baca yang lepas boleh klik kat SINI. Okey?

Tanpa membuang masa lagi, aqu meneruskan cerita. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.. kalau nak keluar dari Jakarta ni kene make sure pagi-pagi, kalau tak teperangkaplah dalam macet @ jammed. Destinasi kami terus ke Gunung Tangkuban Parahu, Jawa Barat Bandung iaitu sebuah kawasan gunung berapi yang aktif, bila-bila masa sahaja boleh meledakkan letupan...hah! Jenis batuan kat situ kebanyakkan adalah lava dan sulfur dan bau belerang sangat kuat bila kat sini, dan suhunya agak sejuk! ala-ala genting highland la cuacanya..hehe. tapi view kat sini serious memang superb la..dan semalam aqu baru tengok berita TV3 tu yang mengatakan kawasan gunung tersebut di tutup sekarang kerana ada tanda2 tindak balas sulfur yang aktif. Fuh! kira kami agak bernasib baik dan mungkin batch2 yang terakhir ketika tu yang sempat melancong ke situ.











Destinasi berikutnya adalah Sari Ater Hot Spring iaitu kolam air panas..kat sini pon tersangatlah interesting! Sebab kawasan kolamnya besar, chantek dan penuh dekorasi. Macam kawasan air terjun tapi sebenarnya air panas. Salah satu kawasan kolam air panas feberet aqu adalah Gurug Jodo, di mana menurut kata orang kat sini, sapa rendam kaki kat sini boleh temu jodoh katanyaaaa... jodoh sesama pasangan, jodoh kerja yang bagus dan macam2la. Nak percaya sangat tu memang tak boleh la kan. layankan aje.. aqu pon dengan penuh rasa teruja rendam kaki, basuh2 muka kat sini..temu ke jodohnya nanti?? teeeettttt!! :)









Ok dan seterusnya adalah mencari tempat makan! waaaah....sangat lapaar ketika ini..dan kawasan jalan-jalan cari makan yang kami pilih adalah Kampung Daun. Sebuah restoran atau kedai makan yang berlandaskan perkampungan. Sesiapa yang pergi Bandung wajib pergi makan kat Kampung Daun ni ok! Makanan kat sini memang semuanya sedap2, banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Kawasan makan yang chantek, menarik dengan dekorasi tamannya...siap ada sungai segala bagai..memang best la makan kat sini. Antara makanan yang kami pilih kat sini adalah sop iga sapi,kangkung belacan, ikan gurame sambal cobek,ayam panggang madu dan pisang goreng keju beserta semuanya air buah-buahan..Harga pon berbaloi-baloi. :)



Bila perut kenyang dah kenyang, maka suka hati la kan.. :) Lepas mengisi perut, kami terus ke "merehatkan minda".. apakah itu merehatkan minda? merehatkan minda bagi kaum perempuan adalah shopping! yeah! Cuaca time ni masih lagi hujan, tapi gagahkan juga ke factory-factory outlet tersebut. Factory outlet yang pertama kami tuju adalah Rumah Mode, Blossom, Grenade, Heritage, Jetset dan macam2 lagi la yang aqu sendiri pon dah tak berapa nak ingat..

Selagi factory outlet ni bukak, selagi tu jugak la kitorang singgah dan singgah..tapi shopping nye tak la banyak mana, biasa2 secukup rasa saja. (secukup rasa la sangattt). Bila masing-masing pon dah rasa nak tercabot kaki sebab non-stop berjalan dari pagi barulah check in Hotel. Ok, kat Bandung kami bermalam dua malam kat sini di Hotel Aston Broga, ok fine memang sangat chantek dan puas hati kat sini. Taraf 5 Bintang jugak la kalau kat Malaysia dan harganya berpatutan tanpa ada sebarang masalah teknikal atau extra charge. Servis tip top. Breakfast pon banyak pilihan. :) Fully recommended kat hotel ni. 



Ok fine, tamat sudah hari kedua.. sambungan hari ketiga dan keempat yakni hari terakhir akan bersambung lagi.. sebab yang ni pon dah panjang berjela-jela....



Sunday, March 3, 2013

Trip to Indonesia - Jakarta (Day 1)

Salam March 2013~

wah!!! tersangatlah lamanya aqu tak update blog ni, penuh sarang labah-labah, semut dan segala jenis sarang sudah.. 3 bulan weh?? memang tak dapat di maafkan langsung. By the way, THANKS kerana ada kengkawan yang request suruh aqu update blog usang ini.. hehe. tak sangka ada jugak yang alert. :)

Tak ada story lain melainkan satu! iaitu perjalanan dan percutian aqu ke Jakarta dan Bandung Indonesia. :) Holiday kali ni di sertai aqu bersama 5 orang rakan yang lain, Ana, Ika & Fendi, Kak Wati & Abg Syed (total 4 Perempuan dan 2 lelaki..) memang totally independent kat sini.. hanya mr.google yang banyak membantu aqu mengemaskini jadual perjalanan dari satu tempat ke satu tempat, kat mana destinasi yang menarik, berapa kos dan berapa jauh jaraknya.. oh sangat rumit ekceli! tapi finally we did it very well. :)


11 February jam 8 pagi waktu Indonesia (9 pagi waktu Malaysia) aqu sampai di Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta Indonesia. Satu pengalaman yang baru untuk aqu untuk kali pertama untuk segalanya, so agak teruja di situ. Kami telah menggunakan khidmat supir atau pemandu kereta sewa yang memang dah siap2 booking dari Malaysia melalui seorang kenalan. Nama supir adalah Pak Anong! (tanda seru di hujung nama menunjukkan betapa excitednya aqu nak memperkenalkan beliau). Dia ni baik gile, dan caj perkhidmatannya agak murah dan berbaloi2..memang sempoi. :)


Destinasi pertama adalah check in hotel dulu. Perancangan awal adalah terus shopping tapi terpaksa tukar kerana ada masalah teknikal. Di Jakarta, kami bermalam di Rumah Shinta..taraf hotel bajet macam kat Malaysia. Sewa 3 bilik untuk 3 pasangan. opsss!! Dua pasangan lelaki dan perempuan tersebut sudah berkahwin. Aqu jela yang bujang bersama Ana. :)

Lepas check-in tanpa membuang masa, terus menuju ke Tanah Abang iaitu sebuah shopping mall yang ada beberapa tingkat semuanya barang-barang meliputi beg, kain pasang, telekung, t-shirt dan macam2 lagi. Aqu nasihatkan kepada sesiapa yang shopping kat sini, silalah tawar harga.. dan dan dan peniaga kat Tanah Abang ni lebih pemurah dari di Bandung, sebab kat Bandung peniaga2 dah pandai demand harga..bila convert RM dah sama nilai. Oh gosh! Kat Tanah Abang pilihan nya pon lebih banyak.. serius aqu menyesal tak shopping kat sini banyak2. 


Tapi sebelum memulakan shopping di Tanah Abang itu, kami mencari makanan dulu....(lapar gile weh!!) So ada food court kat situ, dan makanan pertama aqu try adalah ikan gurame bakar. Apa itu ikan gurame? sejenis ikan yang agak femesss kat Indonesia ni dan rasanya ala-ala tilapia pon ada, ala-ala bawal pon ada.. tapi menurut mereka di sana..ikan gurame ni sebenarnya memang ikan tilapia versi Indonesia. yeke? aqu rasa tilapia jauh lagi sedap kot.. tapi rasanya not bad! sedapppp jugak. Di hidangkan bersama cobek! (cobek adalah sambal). Minumannya pula adalah Teh Botol. Serius teh ni ada di mana-mana seluruh pelusuk Indonesia, rasanya adalah jasmine tea DAN!! bagi aqu ianya sangatlah tak sedap, mungkin kerana aqu tak suka jasmine tea kot...tapi kan tak salah mencuba.. :) Dan kerana "Teh Botol" ini lah yang menyebabkan aqu agak fobia nak minum tea kat sana sebab kebanyakkannya guna jasmine tea...yeww~ Teh ni bukan dalam botol je, dalam kotak, dalam tin sume ade...name je "Teh Botol". :)



















Ok dan selepas berhempas pulas shopping kat sini, terus shoot ke Mangga Dua pula.. suasananya lebih kurang sama dengan Tanah Abang cuma kat sini aqu tak shopping ape sangat cume beli t-shirt "I love Jakarta" je kot, tapi sekadar mengikut jadual yang dah di tetapkan. hehe. Mungkin sebab aqu bukan shophaholic sangat kot? huhu. 

suasana di Mangga Dua

Tapi sesuatu yang menarik di sini adalah jagungnya. Kalau kita jagung panas tu biasa jela kan, kat sini ada banyak pilihan..jagung keju, jagung coklat la pela...yang aqu pilih adalah jagung keju manis.harganya 8000 rupiah bersamaan RM2 lebih harga Malaysia..pandai diorang mem-variasi-kan jagung tu dan harganya pon ok je. Jagung ni sekadar kunyah2 je, selepas tu kami mengisi perut di A&W..sebenarnya tak tahu nak makan apa, so layan jela apa yang ada. :)








































Ok dan seterusnya...jam baru pukul 5 petang, so kami di bawa berjalan-jalan oleh Pak Anong ke seluruh bandar Jakarta. Silalah berhati-hati memandu kenderaan di sini sebab cara pemanduan kenderaan di sini agak "gamble" dan suka2 hati je..bahaya kot! Jakarta juga adalah satu bandar yang agak sibuk dan macet! (Macet adalah traffic jammed). Kelihatan peminta sedekah dengan pelbagai cara untuk meminta sedekah di sini berada di mana-mana. Serius aqu ni jenis cepat simpati, rasa tak sampai hati pon ada.. Tapi semua orang yang pernah pergi Indonesia ni pon akan berpesan benda yang sama, "Once bagi sedekah kat sorang, yang lain2 akan datang jugak", totally memang betul.. Pandai2 lah cover line ok..

 

Oh! Kami sempat singgah di Monas Tower Jakarta, sebuah menara kebanggaan Indonesia yang pernah menjadi sejarah yang menarik dulu. Aqu tak banyak info yang tau sangat pasal Monas Tower ni, mintak maaf tak sempat google! huhu. Then kami ke Masjid Istiqlal, Taman Wijayahkusumah Jakarta. Ini masjid negara yang besar dan tinggi! Masjid kat sini semua bertingkat2, mungkin sebab diorang nak jimat ruang tanah kot. Rumah2 pon sama...Menurut kata Pak Anong, kalau nak ada duit nak tambah rumah kat sini semuanya tambah tingkat atas, dan tanah di sini di kira mengikut meter. 1 meter 100 ribu rupiah, (bersamaan RM 30 lebih kurang), semakin kaya seseorang, semakin banyak meter tanah boleh di beli.. camtu lah..

Tinggi betul masjidnye...


Hari yang pertama di Jakarta ni agak penat bagi kami sebab dari malam sebelumnya memang tak cukup rehat. So kami balik hotel dalam pukul 8 malam jam Indonesia. Dan aqu terasa perjalanan masa di Indonesia ini tersangatlah lama walaupon lewat sejam je dari Malaysia. haha. Sebelum merehatkan diri, makan dulu. Lagi-lagi makan dan makan. wah! apsal lapar sangat datang negara orang ni tak taulah.. hehe. Cuma makan malam ni, cuma beli kat kedai runcit dan mee segera je.. (mee segera diorang tak banyak pilihan macam kat Malaysia dan tak best sangat) hehe.




Tidur awal so bangun pon kenalah awal sebab esok paginya kami kene bertolak ke Bandung. Tapi sebelum tidur sempatlah aqu online FB jap, tweet2 jap, instagram sket, whatsapp dan skype kawan2 dulu...menggunakan wifi di hotel. cewah!!! Dunia di hujung jari. :) oh, komen untuk hotel bajet Rumah Shinta ini, biliknya agak sempit dan aircond nya aqu rasa macam ada problem yang menyebabkan bilik tak rasa sejuk sangat dan breakfast nya alahaaiii...megi goreng. (padanlah dengan harganya,hehe) tapi, servisnya ok! semuanya friendly2 belaka. Tak berapa rekemen sangat kat korang hotel ni..cuba pilihan hotel bajet yang lain, mungkin lebih ok? :)


Fuh...baru satu hari perjalanan dan habis satu page.. berpeluh jugak nak cerita dan ini barulah hari yang pertama. Takpe, next story aqu citer perjalanan dari Jakarta ke Bandung pula...tunggu!